Kossan Rubber Industries Bhd kesan pertambahan 563 kes Covid-19 pekerjanya pada 21 Disember 2020 dan kilang terlibat ditutup sehingga 30 Disember 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kossan kesan pertambahan 563 kes Covid-19, kilang terlibat tutup hingga 30 Dis

KUALA LUMPUR, 22 DIS: Kossan Rubber Industries Bhd mengesan pertambahan 563 kes Covid-19 pada 21 Disember dan kilang yang terlibat akan ditutup sehingga 30 Disember.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, pengeluar sarung tangan getah itu berkata 7,000 lagi pekerjanya disaring untuk Covid-19 berikutan kenyataannya pada 16 Disember bahawa 427 kes positif dikesan di premis salah satu daripada kilangnya.

Syarikat berkenaan telah menjalankan saringan semula untuk para pekerjanya di premis kilang yang terlibat, katanya.

“Sebanyak 563 kes positif dikesan pada 21 Disember setelah saringan semula dijalankan.

“Berikutan usaha berterusan bagi mengurangkan, membendung dan mencegah penularan pandemik, premis kilang yang terjejas akan ditutup sehingga 30 Disember, 2020,” katanya.

Kossan berkata ia akan terus memantau situasi dengan rapat dan menjalankan saringan semula secara berterusan.

“Kami memandang serius situasi pandemik dan kesihatan awam dan akan memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang berkepentingan,” katanya.

-BERNAMA

 


Pengarang :