AGENDANASIONAL

Ku Nan didapati bersalah terima rasuah RM2 juta

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan empat tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah terhadap Tengku Adnan, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-70 semalam.

Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

 


Pengarang :