ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail menyampaikan bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan kit iSafe kepada pelajar tahun satu dan tingkatan satu pada 19 Disember 2020. Foto Facebook Rodziah Ismail
ADNSELANGOR

Lebih 1,000 pelajar DUN Batu Tiga terima bantuan Tawas, iSafe

SHAH ALAM, 23 DIS: Seramai 899 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menerima sumbangan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Ahli Dewan Negeri Rodziah Ismail berkata serahan berupa beg sekolah, alat tulis, bekas makanan dan botol air.

“Penerima adalah murid tahun satu yang bakal mula sesi persekolahan tahun depan. Semoga pemberian ini beri semangat kepada mereka untuk mulakan sesi pembelajaran,” katanya ketika dihubungi.

Rodziah yang juga EXCO Kerajaan Negeri menambah seramai 294 pelajar tingkatan satu yang lahir pada 2008 turut menerima kit iSafe iaitu peralatan mencegah penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, antara barangan terkandung dalam kit yang mula diagihkan tahun ini termasuk pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Beliau menambah sumbangan mula diserah pada 19 Disember dan masih berlangsung sehingga 27 Disember ini di Pusat Khidmat Masyarakat DUN tersebut.


Pengarang :