Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni asnaf serta penyerahan bantuan pendidikan kepada golongan asnaf di Sabak Bernam pada 24 Disember 2020. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Lebih 2,000 keluarga di Sabak Bernam terima bantuan sekolah LZS

SHAH ALAM, 24 DIS: Sebanyak 2,049 keluarga di Sabak Bernam menerima bantuan persekolahan dengan peruntukan RM2,339,110, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi berkata bantuan dalam bentuk yuran dan peralatan keperluan pendidikan diserahkan kepada 317 keluarga asnaf daripada kategori fakir diikuti miskin (1,719) dan mualaf (13).

“Semoga dengan bantuan ini, anak-anak asnaf mampu mengikuti sesi persekolahan dengan baik dan sempurna.

“Diharapkan satu hari nanti mereka akan berjaya dan dapat mengubah nasib mereka dan keluarga, seterusnya menjadi pembayar zakat di Zakat Selangor,” katanya di Facebook.

Menurut LZS, sumbangan oleh kumpulan agihan zakat diketuai Ketua Operasi Agihan Daerah Sabak Bernam, Azizul Fitry Salam.


Pengarang :