Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) disertai Exco Kerajaan Negeri Hee Loy Sian (dua, kiri) dan Uskup Agung, Julian Leow Beng Kim (kiri), menyampaikan cek cura kepada wakil gereja ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2020 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 21 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSI BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

Lebih 2,000 penganut Kristian kurang mampu dibantu sambut Krismas

SHAH ALAM, 21 DIS: Sejumlah RM240,000 diperuntukkan bagi membantu penganut Kristian yang kurang berkemampuan menyambut Krismas.

Dato’ Menteri Besar berkata jumlah berkenaan membolehkan lebih 2,000 penerima menyediakan barangan keperluan bagi meraikan perayaan Jumaat ini.

“Bantuan diserahkan kepada tiga badan induk Christian Federation of Malaysia (CFM) dan masing-masing menerima RM80,000.

“Mereka bertanggungjawab mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran dan memerlukan selain diberi kepada gereja untuk hari kebesaran pada 25 Disember,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Perayaan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor 2020 di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Exco Kerajaan Negeri Hee Loy Sian (dua, kanan) dan Uskup Agung, Julian Leow Beng Kim (dua, kiri) bersama wakil gereja selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor 2020 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 21 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau berkata Kerajaan Negeri akan menjadikan bantuan sumbangan sebagai budaya yang membantu golongan memerlukan.

“Perayaan Deepavali juga kita peruntukkan sejumlah dana dan agihan kepada penerima menerusi program Jom Shopping,” katanya.


Pengarang :