Rodziah Ismail merasmikan penutup seminar latihan laman hijau strata 2.0 di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 28 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Lebih RM100,000 jayakan Program Laman Hijau Strata tahun depan

SHAH ALAM, 29 DIS: Sejumlah RM120,000 diperuntuk bagi menjayakan Program Laman Hijau Strata tahun depan, kata EXCO kesejahteraan bandar.

Rodziah Ismail bagaimanapun berkata peruntukan berkenaan akan ditambah sekiranya mendapat penyertaan menggalakkan dari kalangan komuniti.

“Kita akan lihat bagaimana aktifnya program ini. Peruntukkan sedia ada itu boleh dimanfaatkan 12 komuniti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Latihan Laman Hijau Strata 2.0 Negeri Selangor semalam.

Beliau berkata pihaknya juga akan menganjurkan pertandingan bagi mengiktiraf komuniti yang giat menjalankan program terbabit.

Katanya, pertandingan itu membabitkan beberapa kategori selain menggalakkan penyertaan komuniti strata.

“Selalu kita lihat program seperti ini hanya melibatkan kawasan perumahan teres. Jadi kita kembangkan kepada kawasan pangsapuri.

“Program ini bukan hanya menjadi platform mengeratkan hubungan penduduk tetapi hasil kebun itu dapat membantu meringankan belanja,” katanya.


Pengarang :