Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) memegang plakad sumbangan persediaan persekolahan anak asnaf di Kuala Selangor. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS: 3,611 keluarga asnaf Kuala Selangor terima bantuan persekolahan

SHAH ALAM, 20 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sejumlah RM4.188 juta bagi membantu persediaan persekolahan 3,611 keluarga asnaf di Kuala Selangor.

Agensi berkata sumbangan berbentuk bayaran yuran serta pembelian peralatan sekolah diberikan kepada asnaf yang mempunyai tanggungan anak bersekolah tahun depan.

“Jumlah penerima membabitkan 2,662 keluarga miskin, 914 keluarga fakir serta 36 dari kategori mualaf.

“Semoga dengan bantuan ini, anak-anak asnaf mampu mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna dan akan menjadi pembayar zakat suatu hari nanti,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.


Pengarang :