Sesi penyerahan Surat Kelulusan Bantuan Fisabilillah Daerah Kuala Langat di Masjid Jamek As-Solihin Kanchong Darat pada 25 Disember 2020. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS belanja lebih RM1.2 juta sumbang alat kelengkapan masjid

SHAH ALAM, 26 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan alat kelengkapan masjid bernilai lebih RM1.2 juta kepada institusi agama di daerah Kuala Langat semalam.

Agensi itu memaklumkan, sumbangan kepada 19 surau, lapan masjid dan dua maahad tahfiz berkenaan untuk keselesaan pelajar serta jemaah.

“Bantuan itu merangkumi barangan kelengkapan masjid antaranya karpet dan sistem siar raya.

“Secara tidak langsung sumbangan ini beri kesan yang besar kepada para jemaah dan pelajar tahfiz untuk beribadat dan belajar dengan selesa” kata LZS di Facebook.

Pada majlis sama, agensi itu turut mengadakan program simbolik penghantaran pakaian sekolah ke tujuh rumah asnaf, fakir dan miskin di sekitar Kampung Kanchong Darat.

Program mendapat kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf (Teras) turut dihadiri Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS Basith Abdul Hamid.

 


Pengarang :