Ketua operasi agihan Sepang Mohd Helmi Mohd Nuri (kiri) menyampaikan bantuan kecemasan kepada mangsa kebakaran Mohamad Rosenizam Hashim (dua kanan) di Taman Anggerik Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 17 Disember 2020. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS: Mangsa kebakaran di Sepang terima bantuan kecemasan

SHAH ALAM, 18 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan kecemasan RM1,500 kepada sebuah keluarga mangsa kebakaran di Taman Anggerik Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Ketua operasi agihan Sepang Mohd Helmi Mohd Nuri berkata bantuan bencana dan kerosakan itu bagi meringankan beban Mohamad Rosenizam Hashim, 39, sekeluarga akibat musibah itu.

“Diharapkan keluarga ini bersabar dan tabah dengan ujian yang menimpa mereka. Semoga sumbangan daripada LZS dapat digunakan untuk mencari kediaman lain buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, beliau menyerahkan sumbangan tersebut semasa turun ke lokasi bersama ketua kampung Salak Mohd Nazlan Yahya.

Mohd Helmi memaklumkan kebakaran berlaku pada 14 Disember lalu disyaki berpunca daripada kereta milik mereka yang tiba-tiba meletup ketika enjin dihidupkan.

Kereta dan kediaman mangsa yang hangus dalam kebakaran di Taman Anggerik Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 14 Disember 2020. Foto Facebook LZS

Pengarang :