Kamaruddin A. Rahman (dua, kanan) menyantuni Fadly Shah Mohd Kamal yang menghidap bisul kronik di Kampung Sungai Sembilang Jeram, Kuala Selangor pada 1 Disember 2020. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS salur bantuan kecemasan kepada pesakit bisul kronik

SHAH ALAM, 2 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam memberi sumbangan kecemasan kepada seorang penghidap bisul kronik di Kampung Sungai Sembilang Jeram, Kuala Selangor.

Bantuan diserahkan Ketua Penolong Amil Kariah Kamaruddin A. Rahman kepada Fadly Shah Mohd Kamal yang terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan Fadly yang tidak lagi mampu bekerja perlu hadir ke Klinik Kesihatan Jeram setiap hari untuk mencuci luka.

“Isteri beliau pula berniaga gerai makanan secara kecil-kecilan di Tanjung Karang selain perlu menyara seorang anak berusia lima tahun,” kata LZS.

Pada masa sama, agensi itu turut meluluskan bantuan kewangan dan makanan bulanan untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga tersebut.

 


Pengarang :