Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) menemu bual pekerja Malindo Airways Sdn Bhd yang terjejas akibat Covid-19 di pejabat syarikat itu di Ara Damansara pada 22 Disember 2020. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS santuni pekerja Malindo Airways terjejas Covid-19

SHAH ALAM, 23 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni pekerja Malindo Airways Sdn Bhd yang terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19.

Agensi berkata syarikat itu merupakan antara majikan yang aktif dalam melaksanakan Skim Potongan Gaji (SPG) dalam kalangan kakitangannya.

“Pihak Divisyen Operasi Agihan Asnaf membuka 12 kaunter bagi menyantuni 27 individu yang terjejas.

“Program akan diteruskan pada 22 Disember serta 28 hingga 30 Disember ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

LZS berkata pihaknya mengadakan temu bual dengan pekerja terbabit di pejabat syarikat itu di Ara Damansara.


Pengarang :