Robot penghantaran makanan kepada para pesakit ketika Lawatan Pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di MAEPS pada 23 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Maeps diaktifkan semula sebagai pusat kuarantin, rawatan Covid-19

SHAH ALAM, 9 DIS: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) diaktifkan semula sebagai langkah berjaga-jaga, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata persediaan tersebut susulan saringan besar-besaran dalam kalangan warga asing di Lembah Klang.

“PKRC dibuka dengan kapasiti maksima sebanyak 1,000 buah katil. Pembukaan fasa pertama bermula hari ini dengan kapasiti 650 buah katil yang akan ditambah secara berperingkat.

“Kita jangkakan 400 pesakit akan di tempatkan di PKRC pada minggu ini termasuk 250 pesakit warga asing yang sebelum ini diasingkan di Institut Latihan KKM (ILKKM) Sungai Buloh,” katanya pada sidang media hari ini.

PKRC Serdang ditutup pada 15 Julai selepas digunakan sebagai pusat kuarantin kumpulan susulan kewujudan kluster tiga Depoh Tahanan Imigresen (DTI) masing-masing di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.

Sejak dibuka pada 16 April, pusat tersebut merawat 1,362 pesakit melibatkan 86 peratus warga asing.


Pengarang :