Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 2 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Malaysia catat lebih 85 peratus kes pulih Covid-19

SHAH ALAM, 8 DIS: Malaysia mencatatkan 85.1 peratus pemulihan Covid-19 hari ini dengan 1,750 kes sembuh dan 64,056 secara keseluruhan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu mengatasi jangkitan baharu iaitu 1,012 kes yang menyaksikan Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 417 diikuti Sabah (271 kes) dan Johor (108 kes).

“Daripada jumlah kes baharu, tujuh ialah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan tempatan pula 1,005 kes.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula ialah 10,862 kes.” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah terdapat empat kematian melibatkan tiga warganegara dan satu bukan warganegara yang kesemuanya di Sabah.

“Sehingga kini, terdapat 126 kes positif dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.


Pengarang :