Amirudin Shari ketika bertemu Gebenor Jakarta Anies Baswedan membincangkan kerjasama antara Selangor dan Jakarta dalam pelbagai bidang pada 6 September 2019. Foto: Twitter Dato’ Menteri Besar
AGENDAGLOBAL

MB doakan Gabenor Jakarta sembuh segera Covid-19

SHAH ALAM, 1 DIS: Dato’ Menteri Besar mendoakan supaya Gabenor Jakarta, Anies Baswedan sembuh daripada Covid-19.

“Menerima khabar sahabat saya, Anies Baswedan yang disahkan positif Covid-19. Doa kami di Selangor agar bapak kekal kuat dan dikurniakan kesembuhan segera,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitternya.

Terdahulu dilaporkan Anies dan Timbalannya, Ahmad Riza Patria turut dijangkiti Covid-19 ketika provinsi itu terus mencatatkan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan.

Gabenor Jakarta itu disahkan positif, selepas dua hari Ahmad Riza disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia semalam, Jakarta menjadi provinsi yang mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 136,861 kes.


Pengarang :