AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Selamat ulang tahun keputeraan Raja Muda Selangor

SHAH ALAM, 12 DIS: Dato’ Menteri Besar menyampaikan ucapan selamat sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut mendoakan supaya baginda dilimpahi rahmat, dikurniakan kesihatan dan ‘afiyah serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

“Merafak sembah tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-30,” tulisnya menerusi Twitter, hari ini.


Pengarang :