Selangorkini
BUDAYA RENCANA

Misteri sebuah pembinaan mungkin akan selesai apabila

– selepas John Ashbery

 

masa mengaum. jam tak pernah
retak atau terhilang rentak. kau
jarumnya yang redup perlahan
bergerak. nama lain untuk lari

ada dalam mulut burung pipit
ditelan sekali bersama cahaya
tengah hari. ruang masih ruang
mengemakan kelantangan sesuatu

tak berhenti. lihat bagaimana
mimpi bukan lagi menjadi apa
tetapi bagaimana. untuk lena
kau kena lupa macam mana

ganas dan deras sekalipun waktu;
akan sampai detik juga ketikanya
semua nanti larut tanpa
seteriak saat
berlalu.

 

Jack Malik


Pengarang :