AGENSISELANGOR

Paip pecah di Seksyen 24, lori tangki digerak hantar bantuan

SHAH ALAM, 13 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24 dekat sini hari ini.

Susulan itu agensi menggerakkan lori tangki bagi menghantar bekalan air bersih di enam kawasan terjejas sekitar Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25.

“Gangguan bekalan air tidak berjadual ini dijangka pulih jam 12 tengah hari esok selepas kerja pembaikan paip selesai.

“Pengguna akan mendapat bekalan semula secara berperingkat mengikut jarak premis dan tekanan air,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berikutan insiden tidak dijangka itu, Air Selangor akan menutup bekalan air pada jam 10.30 malam ini bagi kerja pembaikan yang dijangka selesai 8 pagi esok.

Air Selangor berkata perkembangan pembaikan dari semasa ke semasa dimaklumkan melalui media sosial Facebook, Twitter dan Instagram serta aplikasi agensi itu dan laman sesawang di www.airselangor.com .

 


Pengarang :