AGENSISELANGOR

Paip putus: 11 kawasan di Petaling, Kuala Lumpur terima bekalan air

SHAH ALAM, 31 DIS: Sebanyak 11 daripada 63 kawasan terjejas di Petaling dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapat bekalan air sepenuhnya setakat jam 6 petang tadi.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata bekalan di Petaling pulih 21 peratus manakala Kuala Lumpur (10 peratus).

Elina Baseri memaklumkan pengguna di kawasan yang masih terjejas akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak dan lokasi.

“Berikutan kelewatan penyaluran bekalan, waktu pemulihan penuh baharu bagi kawasan yang masih terjejas di Kuala Lumpur adalah pada 9 pagi esok (1 Januari) dan 10 malam hari sama bagi Petaling,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pengguna yang mendapat bekalan disaran membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Air Selangor berharap pengguna akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan,” katanya.

Untuk perkembangan proses pemulihan, pengguna boleh merujuk di semua saluran komunikasi melalui aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter dan laman sesawang www.airselangor.com

Berikut senarai kawasan yang menerima bekalan air:

1. Petaling
– Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC)
– Seksyen 11,12,13,14,16 & 19
– SS 8
– Tropicana Golf & Country Club

2. Kuala Lumpur
– i-Damansara
– Taman Damansara Endah


Pengarang :