Pesawah menanam padi di Sungai Leman, Sekinchan. Foto ARKIB SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Pendapatan petani, nelayan Sekinchan kembali stabil

SHAH ALAM, 27 DIS: Pendapatan petani dan nelayan Sekinchan kembali stabil sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabak Bernam ditamatkan, kata ahli dewan negerinya.

Ng Suee Lim berkata permintaan luar terhadap hasil tani dan laut dari daerah itu semakin meningkat serta bertambah baik walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang berkuat kuasa.

“Semasa PKPB, pergerakan mereka (nelayan dan petani) sangat terbatas malah hasil pasaran di luar turut terjejas namun sekarang kian beransur pulih seperti sedia kala.

“Permintaan produk mereka juga sudah ada meskipun kesan pandemik Covid-19 tetap dirasai tetapi semua dalam keadaan terkawal dan tidak seteruk ketika awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Ng Suee Lim berharap perubahan itu mampu menyuntik semangat baharu kepada golongan berkenaan untuk terus meningkatkan hasil pengeluaran masing-masing.


Pengarang :