Sebahagian dari 300 pekerja Top Glove yang dibawa keluar oleh petugas kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19 di Asrama Pekerja Top Glove Meru Klang pada 23 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Petaling kembali rekod kes tertinggi Covid-19

SHAH ALAM, 24 DIS: Petaling merekodkan peningkatan kes Covid-19 semalam selepas kali terakhir mencatat kes tertinggi sebanyak 206 pada 14 Disember lalu.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata terdapat 272 kes di daerah itu yang mana 102 dikesan dari saringan pekerja kluster Tapak Bina Seri Muda.

“Manakala, Klang pula mencatatkan 99 kes diikuti Gombak (47), Hulu Langat (42), Sepang (28), Kuala Langat (20), Kuala Selangor (16), Hulu Selangor (enam) dan Sabak Bernam (lima).

“Selain itu terdapat enam kes import dari Indonesia, Filipina (dua) dan masing-masing satu kes dari Oman, Ukraine serta Turki,” katanya menerusi Facebook.

JKNS berkata kes baharu pandemik di Selangor semalam adalah 535 dengan jumlah keseluruhan 27,218 kes.

Sementara itu seramai 163 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital serta tiada kematian dilaporkan.


Pengarang :