Orang ramai patuh menggunakan pelitup muka selepas Kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka dia tempat – tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan sekitar Kuala Lumpur pada 3 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Petaling rekod kes harian Covid-19 tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 26 DIS: Petaling merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi sebanyak 249 jangkitan, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Agensi itu berkata mukim Sungai Buloh mencatat 125 kes dengan 116 daripadanya dikesan melalui saringan pekerja manakala saringan kontak rapat (lapan) dan saringan bergejala (satu).

“Mukim Petaling pula merekodkan 106 kes, Damansara (14) dan Bukit Raja (empat),” maklum jabatan itu menerusi perkongsian di Facebook.

JKNS memaklumkan Klang pada kedudukan kedua mengumpul 142 kes, masing-masing 73 kes di mukim Klang manakala mukim Kapar(69).

Tambahnya, ia diikuti Hulu Langat apabila mencatat 117 jangkitan dengan 64 kes daripadanya di mukim Kajang, Ampang (29), Cheras (18), Hulu Langat (tiga), Semenyih (dua) dan Beranang (satu).

“Sebanyak 82 kes di Gombak iaitu 69 jangkitan di mukim Batu, Hulu Kelang (enam), Rawang (tiga) dan Kuang (satu) manakala Sepang 57 kes dengan 51 daripadanya di mukim Dengkil, Labu serta Sepang masing (tiga).

“Kuala Selangor merekodkan 33 kes iaitu 12 jangkitan di mukim Ijok, Tanjung Karang (11), Ujung Permatang (enam), Jeram (dua) manakala Api-Api dan Batang Berjuntai masing-masing (satu),” katanya.

Selain itu, Kuala Langat melaporkan 17 kes, Sabak Bernam (sembilan) dan Hulu Selangor (empat).


Pengarang :