Ketua Pegawai Operasi PKNS, Suhaimi Kasdon berucap pada sidang media kempen 48 Jam Mesti Beli Akhir Tahun PKNS di Ibu Pejabat PKNS, Seksyen 14 Shah Alam pada 16 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

PKNS sasar jual 851 unit rumah tahun depan

SHAH ALAM, 16 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan nilai jualan hartanah hampir RM500 juta tahun hadapan.

Ketua pegawai operasinya, Suhaimi Kasdon berkata jumlah berkenaan membabitkan jualan 851 unit rumah pelbagai jenis di tiga wilayah.

“Semua wilayah mempunyai bilangan berbeza dengan tertinggi adalah di wilayah tengah dengan 481 unit bernilai RM230 juta.

“Wilayah selatan mempunyai 250 unit kediaman membabitkan RM167.5 juta manakala utara sebanyak 120 unit bernilai RM100 juta,” katanya pada sidang media promosi 48 Jam Mesti Beli Akhir Tahun 2020 di Ibu Pejabat PKNS hari ini.

Sepanjang tahun ini PKNS sasar nilai jualan melebihi RM643 juta. Setakat ini 99.3 peratus membabitkan nilai lebih RM638 juta telah dicapai.


Pengarang :