KUALA LUMPUR, 20 Mac — Anggota Polis Pelancong dari Balai Polis Masjid India, Sarjan Mejar Abd Manab Baki (tengah) memberi nasihat dan penerangan kepada orang awam supaya tidak bersiar-siar tanpa tujuan penting ketika membuat rondaan di sekitar jalan Masjid India susulan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 mulai 18 Mac hingga 31 Mac ini sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19 di seluruh negara. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PKP: Polis tahan 249 individu, 132 gagal patuh penjarakan fizikal

SHAH ALAM, 19 DIS: Polis menahan 249 individu atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 248 individu dikompaun manakala seorang direman.

Beliau berkata 132 individu dikesan gagal mematuhi penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka (63) dan gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran pelanggan (54).

“Tugas pencegahan operasi pematuhan yang diketuai polis membuat 47,811 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,777 pasukan pematuhan membabitkan 12,489 anggota membuat pemantauan di 3,549 pasar raya; 4,761 restoran; 1,794 penjaja; 1,141 kilang; 3,321 bank dan 548 pejabat kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan sebanyak 962 terminal pengangkutan darat; 245 terminal pengangkutan air dan 111 terminal pengangkutan udara turut dipantau.

 


Pengarang :