AGENSISELANGOR

PKPS sahkan seorang staf positif Covid-19

SHAH ALAM, 23 DIS: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengesahkan seorang kakitangannya yang bertugas di Jabatan Kejuruteraan positif Covid-19.

Agensi itu dalam kenyataan berkata susulan itu, proses sanitasi dijalankan di pejabat yang terlibat dan kawasan awam wisma PKPS mulai jam 8.30 malam tadi.

“Pekerja itu kali terakhir hadir ke pejabat adalah pada 18 Disember (Jumaat) lepas.

“Semua individu yang telah berurusan di pejabat itu pada 16 Disember hingga hari ini digalakkan membuat saringan covid-19 di klinik berhampiran,” katanya.

Selain itu, semua individu yang berkunjung ke wisma tersebut diseru mengamalkan langkah kesihatan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara termasuk saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri.


Pengarang :