Dato’ Seri Amirudin Shari melawat muka sauk Sungai Selangor Fasa 2 untuk meninjau kerja-kerja pemulihan bekalan air berikutan pencemaran bau yang dikesan pada 19 Oktober 2020. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDANASIONAL

Projek atasi pencemaran air lulus lepas dapat pandangan pakar

SHAH ALAM, 14 DIS: Projek bernilai RM200 juta bagi mengatasi pencemaran sumber air Selangor diluluskan selepas mendapat pandangan pakar bidang berkaitan.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya menilai dan meneliti setiap cadangan dikemukakan bagi memastikan keberkesanan langkah tersebut.

“Kerajaan Negeri adakan pertemuan beberapa kali bersama pakar sehingga kita berpuas hati terhadap cadangan diberikan antaranya mengalihkan aliran air tercemar ke kawasan lain sebelum masuk ke loji
rawatan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Inisiatif RiDE kepada 100 peserta di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Semalam, Amirudin memaklumkan projek untuk melaksanakan empat strategi menangani pencemaran sumber air dijangka siap dalam tempoh 15 bulan.

Langkah tersebut meliputi:

1. Pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999 untuk meningkatkan jumlah denda atas kesalahan mencemar sumber air

2. Projek perintis rawatan biologi bagi memulihara kualiti air Sungai Gong, Rawang melalui gabungan pendekatan biologi dan kaedah fizikal

3. Pengawasan 24 jam skuad Pantas LUAS di kawasan sensitif sumber air di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat

4. Melaksanakan projek pengepaman air mentah dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor dan kolam takungan di Sungai Semenyih


Pengarang :