DYTM Tengku Amir Shah mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama ayahanda Baginda, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di hadapan Pondok Amir yang terletak dalam perkarangan Istana Mestika, Shah Alam. Foto: Facebook Selangor Royal Office
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Muda Selangor sambut Ulang Tahun Keputeraan ke-30

SHAH ALAM, 12 DIS: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-30, hari ini.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan turut mendoakan semoga Allah melanjutkan usia Tuanku.

“Semoga baginda berada dalam keafiatan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta hidup dengan penuh kebahagiaan.

“Dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi hantaran di media sosial itu, Selangor Royal Office turut berkongsi foto Tengku Amir Shah yang mengabdikan gambar kenangan bersama ayahanda baginda, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Gambar berkenaan dirakamkan di hadapan sebuah rumah yang dinamakan Pondok Amir iaitu terletak dalam perkarangan Istana Mestika, Shah Alam.

“Pondok Amir merupakan sebuah rumah kayu reka bentuk Terengganu yang berusia lebih 100 tahun.

“Rumah ini telah diubahsuai dan dihias semula, ia telah dibeli pada 1998 oleh Sultan Sharafuddin dan kini digunakan Tengku Amir untuk beristirehat,” kata kenyataan itu.


Pengarang :