Peneroka asal tapak Kampung Seri Temenggung melihat model unit Pangsapuri Selangorku Seri Temenggung di Batu Caves pada 27 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Rangka dasar kediaman baharu, tingkat potensi miliki rumah pertama

SHAH ALAM, 3 DIS: Kerajaan Selangor bakal merangka dasar perumahan baharu bagi meningkatkan pemilikan kediaman pertama dalam kalangan rakyat negeri ini.

EXCO perumahan berkata dasar itu mengambil kira keperluan dan kemampuan pemohon mengikut taraf kehidupan semasa bagi mengimbangi syarat ketat bank.

Rodziah Ismail memaklumkan ketika ini hanya 30,793 daripada 64,072 pemohon Skim Rumah Selangorku (RSKU) mendapat kelulusan pinjaman bank sejak 2014.

“RSKU bertujuan membantu rakyat mendapat rumah tetapi tidak sampai separuh permohonan dapat pinjaman bank, jadi kita kena fikirkan cara baharu untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah,” katanya ketika dihubungi.

Dasar Rumah Selangorku 2.0 yang diperkenal pada April 2018 menumpu penambahbaikan aspek pemilikan, perancangan dan pelaksanaan untuk manfaat pemaju, pelaksana dasar dan pemilik rumah.

Rumah Selangorku dijual pada harga antara RM42,000 sehingga RM250,000 dengan variasi lima jenis rumah berkeluasan antara 700 sehingga 1,000 kaki persegi.

 


Pengarang :