EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim merasmikan Program Melabuh Tukun Tiruan Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda di Perairan Sabak Bernam, pada 23 Disember 2020. – Foto: Facebook Jabatan Perikanan Negeri Selangor
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

RM300,000 diperuntuk bina tukun tiruan, biak ikan perairan Sabak Bernam

SHAH ALAM, 26 DIS: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM300,000 kepada Jabatan Perikanan Negeri Selangor bagi membina 14 tukun tiruan.

EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani berkata pembinaan tukun tiruan itu sebagai salah satu usaha pembiakan ikan di kawasan perairan Sabak Bernam.

“Ia juga akan menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis ikan seperti jenahak, kerapu, merah dan anak-anak ikan selain hidupan laut lain.

Sebanyak RM300,000 disalurkan Kerajaan Selangor kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk membina 14 tukun tiruan pada 23 Disember 2020. Foto: Facebook Jabatan Perikanan Negeri Selangor

“Pada masa sama, kita jangkakan jumlah pendaratan akan meningkat kerana ketika ini pengeluaran ikan di Sabak Bernam sekitar 64,000 tan metrik setahun berkurangan berbanding tahun sebelumnya iaitu 76,000 tan metrik setahun,” kata Ir Izham Hashim kepada SelangorKini.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Program Melabuh Tukun Tiruan Dasar Lembut Penghalang Pukat Tunda di Perairan Sabak Bernam, pada Rabu lalu.

Menurutnya lagi, kerja mengangkat tukun seberat 16.7 tan metrik itu mengambil masa empat hingga ke lima jam.

“Ia dilabuhkan di dasar tapak perairan yang berpasir dan berlumpur dengan kedalaman sekitar 20 meter yang memang sesuai untuk peletakan tukun tiruan.

“Ini merupakan kali kedua tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini selepas dilakukan pada 2006,” katanya.

 

 


Pengarang :