Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 4 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Satu kluster baharu dikesan di Klang babit 16 kes Covid-19

SHAH ALAM, 5 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Selangor hari ini membabitkan 16 kes positif Covid.

Ketua pengarah kesihatan berkata Kluster Andalas itu dikesan di daerah Klang.

“Kes indeks kluster ini adalah pesakit ke-68,771 yang dilaporkan positif pada Khamis lalu selepas melakukan saringan bergejala.

“Sehingga hari ini 43 individu termasuk kontak rapat disaring dan 16 disahkan positif,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, KKM juga mengisytiharkan penamatan tiga kluster membabitkan beberapa kawasan di Selangor hari ini selepas tiada kes baharu dilaporkan.

“Kluster berkenaan ialah Fores, Aero dan Sungei Way. Setakat hari ini, sebanyak 385 kluster direkodkan namun jumlah aktif dan sedang dipantau adalah 187,” katanya.


Pengarang :