Petugas Sunway Medical Centre melakukan proses ujian saringan Covid-19 melalui Cov Shield kepada orang ramai yang hadir bagi membuat saringan bersasar pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat 277 kes baharu Covid-19, 122 saringan lapangan

SHAH ALAM, 9 DIS: Bilangan kes baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 277 berbanding 417 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 122 kes dikesan menerusi saringan lapangan, 78 kes melibatkan kluster sedia ada, 76 kes saringan kontak rapat dan satu kes import.

“Kes harian di Selangor melibatkan 28.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia, diikuti Sabah sebanyak 203 kes (21.2 peratus) dan Kuala Lumpur 129 kes (13.5 peratus),” katanya pada sidang media hari ini.

Malaysia merekodkan 959 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 76,265 kes dengan 10,748 daripadanya kes aktif.


Pengarang :