Salah seorang kakitangan Air Selangor menjalani saringan Covid-19 di Ibu Pejabat Air Selangor, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur pada 5 November 2020. Foto Air Selangor
BERITA UTAMA

Selangor catat 417 kes Covid-19, tertinggi di Malaysia

SHAH ALAM, 8 DIS: Selangor merekodkan 417 kes baharu Covid-19 atau 41.2 peratus daripada keseluruhan kes di Malaysia, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 115 kes melibatkan kluster sedia ada termasuk 17 kes kluster baharu dikenali kluster Seruling.

“Selain itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesan 116 kes melibatkan saringan kontak rapat, 185 kes saringan lapangan dan satu kes import,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malaysia merekodkan 1,012 kes baharu hari ini serta empat kematian.


Pengarang :