Pegawai kesihatan menjalankan tugas di asrama pekerja wanita syarikat sarung tangan Top Glove di Meru pada 23 November 2020. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat 481 kes Covid-19, satu kematian

SHAH ALAM, 16 DIS: Selangor merekodkan sebanyak 481 kes positif Covid-19 hari ini, menurun berbanding 503 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 22,563.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 477 daripada kes baharu adalah penularan tempatan dan empat lagi kes import.

“Sebanyak 277 kes dikesan melalui kluster sedia ada termasuk empat kes kluster baharu iaitu kluster Puncak Galaksi.

“Sebanyak 79 kes daripada saringan kontak rapat kes positif dan 121 kes lain-lain saringan,” katanya pada sidang media.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi Facebook memaklumkan empat kes import masing-masing mendapat jangkitan dari Mesir, Indonesia, Turki dan United Kingdom.

Katanya, seramai 100 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital manakala satu kematian dicatatkan dengan jumlah maut meningkat kepada 35 orang.

Kes baharu Covid-19 dalam negara kekal empat digit dengan 1,295 kes direkodkan, menurun berbanding 1,772 kes semalam menjadikan jumlah kumulatif 87,913 kes.


Pengarang :