Penduduk sekitar Klang hadir menjalani saringan Covid-19 percuma secara bersasar di Jalan Batu Unjur 3A, Taman Bayu Perdana, Klang pada 23 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat 710 kes baharu Covid-19, satu jangkitan import

SHAH ALAM, 26 DIS: Selangor merekodkan 710 kes positif Covid-19 hari ini, meningkat berbanding 461 yang dilaporkan semalam menjadikan keseluruhan 28,880.

Ketua pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri itu melaporkan kes harian kedua tertinggi iaitu 30.4 peratus daripada keseluruhan jangkitan dalam negara.

“Sebanyak 397 kes daripada kluster sedia ada termasuk 83 kes kluster baharu iaitu kluster Plastik Subang dan kluster Jalan Asam.

“Sebanyak 198 kes daripada saringan kontak rapat, satu kes import dan 114 lagi jangkitan melalui lain-lain saringan Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan satu kes import di Kuala Langat membabitkan pengembara dari United Kingdom.

Katanya seramai 340 pesakit pulih menjadikan bilangan sembuh sebanyak 18,582.

“Angka kematian pula kekal 39 orang dan kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 10,255,” menurut perkongsian data jabatan itu di Facebook.

Hari ini, kes positif dalam negara meningkat kepada 2,335 jangkitan menjadikan jumlah kumulatif 103,900 dan dua kematian direkodkan.


Pengarang :