Program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Selangor catat 829 kes Covid-19, tertinggi di Malaysia

SHAH ALAM, 11 DIS: Selangor mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi di Malaysia hari ini dengan 829 kes baharu, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu merangkumi 45.8 peratus dari keseluruhan 1,810 kes yang dilaporkan.

“Sebanyak 685 kes iaitu 82.6 peratus kes di Selangor dikesan dari kluster sedia ada termasuk 390 dari dua kluster baharu serta 69 saringan kontak rapat.

“136 kes direkodkan dari lain-lain saringan serta lapan kes jangkitan luar negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes Covid-19 kekal empat digit hari ini selepas mencatatkan 1,810 kes baharu menjadikan keseluruhan 80,309 kes membabitkan 1,799 jangkitan tempatan serta 11 kes import.


Pengarang :