Dato’ Seri Amirudin Shari berucap selepas merasmikan lorong antidadah dan pejabat Pemadam Selangor di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 8 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat kadar penagihan dadah terendah

SHAH ALAM, 9 DIS: Selangor mencatatkan kadar penggunaan dadah 0.21 peratus, paling rendah di negara ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menyifatkan kadar itu sangat baik berikutan kepadatan penduduk negeri ini yang mencecah 6.3 juta orang.

“Kita belum lagi menang dan ia memerlukan usaha berterusan. Kita harap pelbagai program oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dapat memerangi masalah ini,” katanya selepas merasmikan Lorong Antidadah dan Pejabat Pemadam Selangor semalam.

Pada masa sama, Amirudin mengakui Kerajaan Selangor sukar membanteras penggunaan dadah berikutan kedudukan demografi negeri yang menjadi tumpuan ramai.

“Selangor berhampiran ibu negara dan menjadi pilihan orang ramai yang sekali gus menyumbang kegiatan jenayah termasuk dadah,” katanya lagi.

 

 


Pengarang :