Program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar diadakan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor kekal catat kes Covid-19 tertinggi, satu kematian

SHAH ALAM, 12 DIS: Selangor kekal mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi hari ini dengan 823 kes dilaporkan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu merangkumi 42.5 peratus dari 1,937 keseluruhan kes di negara ini.

“Sebanyak 664 kes dikesan dari kluster sedia ada, 50 melalui saringan kontak rapat manakala 109 kes lagi dari lain-lain saringan.

“Pertambahan jumlah hari ini menjadikan keseluruhan kes di Selangor mencecah 20,612 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan satu kematian baharu direkodkan di negeri ini.

“Kes ke-69,654 merupakan lelaki berusia 33 tahun. Mangsa tidak mempunyai sejarah penyakit kronik dan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh,” katanya.


Pengarang :