Mohd Khairuddin Othman berucap ketika program Rakan Muda Prihatin “We Care” di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras, Sungai Buloh pada 6 Disember 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor wujud enakmen penggerak belia, beri pandangan polisi negeri

SUNGAI BULOH, 6 DIS: Enakmen Penggerak Belia Selangor bakal dilaksana bagi membolehkan golongan itu memberi pandangan berhubung polisi dan hala tuju Kerajaan Negeri.

EXCO pembangunan generasi muda berkata enakmen yang sedang diperincikan bakal diusul pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) akan datang.

“Di dalam enakmen itu akan ada kongres yang diwakili persatuan belia Selangor dan persekutuan yang bersidang di dewan negeri secara tahunan.

“Ia dijangka dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah,” kata Mohd Khairuddin Othman di sini.

Beliau berkata kongres berkonsepkan parlimen belia itu akan memilih individu memiliki kualiti kepimpinan dan terlibat aktif dalam program kemasyarakatan.


Pengarang :