Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika melancarkan Projek Sistem Pengurusan Geospatial SmartSel (Selgem) pada 13 Jun 2019. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selgem rangkul anugerah geospatial antarabangsa 2020

SHAH ALAM, 15 DIS: Projek Sistem Pengurusan Geospatial SmartSel (Selgem) menerima pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya merangkul Anugerah Kecemerlangan Geospatial 2020 bagi kategori pentadbiran negeri.

Ahli Lembaga Pengarahnya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata anugerah itu mengiktiraf individu dan organisasi yang menghasilkan idea dan inovasi canggih dalam industri geospatial global.

“Selangor adalah negeri pertama di Malaysia yang mempunyai pengkalan data terlengkap dari segi topografi, utiliti dan demografi.

Ahli Lembaga Pengarah Selgem Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi

“Ia menjadikan Selgem sebagai pusat geospatial setempat untuk mengenal pasti, merancang dan mengawal kawasan pembangunan rumah mampu milik, pengurusan sisa pepejal, saliran dan pengaliran sungai, perhutanan dan pertanian, pengurusan bencana dan pembangunan infrastruktur telekomunikasi serta utiliti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah sistem itu dimanfaatkan secara meluas meliputi pengurusan bencana, pemuliharaan alam sekitar serta pemetaan utiliti sejajar dengan konsep Smart Selangor.

Majlis penganugerahan berkenaan diadakan secara virtual pada 6 Oktober lalu.


Pengarang :