Tinjauan di sekitar ibu kota pada 9 Jun 2020 menunjukkan orang ramai mengenakan pelitup muka ketika negara berada pada fasa pemulihan akibat penularan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Separuh kematian akibat Covid-19 pesakit darah tinggi

SHAH ALAM, 17 DIS: Separuh daripada keseluruhan jumlah kematian akibat Covid-19 merupakan individu yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Susulan itu KKM mengingatkan masyarakat yang mempunyai sejarah sakit berkenaan supaya patuh tatacara operasi piawai (SOP) norma baharu.

“50.6 peratus kematian akibat penyakit darah tinggi. Jika anda atau ibu bapa menghidap sakit ini maka tergolong individu berisiko tinggi dan perlu dilindungi.

“Amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

KKM menerusi kenyataan berasingan berkata tekanan darah tinggi bukan hanya dihidapi golongan berusia sahaja sebaliknya orang muda turut berisiko disebabkan gaya hidup masa kini.

“Antaranya amalan pemakanan tidak sihat seperti kerap mengambil makanan segera serta kurang melakukan aktiviti fizikal atau bersenam,” katanya.

Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kematian akibat pandemik itu mencecah 429 kes setakat semalam iaitu 0.49 daripada keseluruhan.


Pengarang :