Pengasas Pinkboxcereal.com, Nurul Syafiqah Shafie memberi penerangan ketika ditemu bual dalam program bual bicara Selangor Pacu e-Dagang, Terajui Ekonomi di Studio Media Selangor, Menara Bank Rakyat Shah Alam pada 21 Disember 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sistem e-dagang tingkat jualan Pinkboxcereal.com 10 kali ganda

SHAH ALAM, 22 DIS: Pinkboxcereal.com terus melangkah maju dengan jualan mencecah 10 kali ganda sejak menceburi perniagaan e-dagang.

Pengasasnya berkata urus niaga menggunakan sistem tersebut dipelopori syarikatnya pada 2018 dengan peningkatan jualan diperoleh dalam tempoh empat bulan pertama.

“Sebelum kenali sistem e-dagang saya hanya berniaga secara fizikal pada 2017, dengan modal serendah RM500 dan dibantu suami, saya berusaha mencari pembekal kotak untuk jenamakan “Emergency Beauty Kit”.

“Alhamdulillah lama kelamaan sambutan diterima amat memberangsangkan selepas melebarkan perniagaan secara dalam talian,” kata Nurul Shafiqah Shafie pada program bual bicara Selangor Pacu e-Dagang, Terajui Ekonomi anjuran Media Selangor di sini malam tadi.

Turut bersama, Ketua Eksekutif Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec), Yong Kai Ping.

Nurul Shafiqah berkata beliau memuji inisiatif disediakan Kerajaan Selangor terutama program anjuran Sitec yang banyak membantu usahawan dalam selok belok perniagaan.

“Saya galakkan lebih ramai orang mengambil peluang ini terutama ketika dunia dilanda Covid-19. Mulakan berniaga secara kecil-kecilan dan usaha selongkar landasan disediakan,” katanya yang menjual produk kecantikan.


Pengarang :