Gegantung amaran zon merah Covid-19 yang dipasang di jalan raya di Kapar, Klang. Foto JKNS
SELANGOR

Situasi Covid-19 di Selangor terkawal, terus patuhi SOP

GOMBAK, 13 DIS: Situasi Covid-19 di Selangor masih terkawal meskipun negeri ini merekodkan kes harian paling tinggi, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kes baharu dijangka terus meningkat susulan saringan besar-besaran serta bersasar melibatkan pekerja warga asing.

“Saya selalu adakan mesyuarat bagi mendapatkan perkembangan terkini penularan wabak serta langkah pencegahan yang diambil.

“Rakyat jangan bimbang cuma saya mahu ingatkan kekalkan disiplin, patuh tatacara operasi piawai (SOP) serta ikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Semalam Selangor kekal mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi dengan 823 kes dilaporkan.

Jumlah tersebut merangkumi 42.5 peratus dari 1,937 keseluruhan kes di negara ini.


Pengarang :