Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim (kiri) menyampai hadiah pada Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Tandas Bersih Shah Alam Tahun 2020 & Pertandingan Video Pendek Amalan Tandas Bersih Shah Alam pada 16 Disember 2020. Foto Facebook Jais
AGENSISELANGOR

SRAI Seksyen 19 terima anugerah tandas bersih kategori sekolah

SHAH ALAM, 19 DIS: Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19 menang tempat pertama Anugerah Tandas Bersih Shah Alam Tahun 2020 bagi kategori sekolah.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata kemenangan itu hasil inisiatif sekolah melaksanakan Program Tandas Angkat yang mana guru bertanggungjawab menjaga setiap tandas demi keselesaan warganya.

“Usaha ini kesinambungan Program Pembudayaan Amal Khair dianjurkan Jais dan pihak sekolah menyambut baik untuk diaplikasikan dalam aktiviti harian pelajar.

Suasana di dalam tandas Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Seksyen 19, Shah Alam. Foto Facebook Jais

“Tahniah warga SRAI Seksyen 19 atas kerjasama. Semoga amalan menjaga kebersihan dan keceriaan ini dapat diteruskan serta menjadi contoh kepada sekolah lain,” katanya menerusi Facebook.

Anugerah disampaikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim di Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Tandas Bersih Shah Alam Tahun 2020 & Pertandingan Video Pendek Amalan Tandas Bersih Shah Alam, Rabu lalu.

Jais berkata anugerah itu turut membabitkan kategori restoran, pusat beli belah, rumah ibadat, stesen minyak, tandas awam dan bangunan Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Penjurian diketuai oleh pihak Quality Restroom Association Malaysia dan dinilai berdasarkan aspek kebersihan, keselamatan, pengudaraan, pencahayaan, keceriaan, akses OKU (orang kelainan upaya) dan kemudahan lain,” katanya.

 

 


Pengarang :