Keberangkat pulang Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj dari Masjid Ar-Rahah, Kerinchi selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah pada 19 Disember 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berkenan ziarah jenazah Tun Rahah

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berangkat tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, tiba di masjid berkenaan pada jam 9.20 pagi dan berangkat pulang sejam kemudian.

Turut berangkat tiba ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Menurut Bernama, antara tetamu kenamaan yang hadir ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Tun Rahah, 87, yang juga ibu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court petang semalam.

Jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Ar-Rahah sebelum dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara.


Pengarang :