Selangorkini
ADN Permatang Rozana Zainal Abidin (dua kiri) dan Ahmad Bakrin (kanan) menyerahkan lampin pakai buang serta telur kepada salah seorang penerima bantuan pada 15 Disember 2020. Foto Team Selangor
SELANGOR

Team Selangor sumbang lampin pakai buang kepada 40 penerima di DUN Permatang

SHAH ALAM, 16 DIS: Team Selangor meneruskan inisiatif membantu masyarakat apabila menyumbang lampin pakai buang kanak-kanak dan telur kepada 40 penerima di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang semalam.

Pegawai programnya memaklumkan sumbangan dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia memfokuskan keluarga berpendapatan rendah (B40) di Kampung Bagan Sungai Yu Pasir Penambang, Taman Raja Musa, Kampung Sungai Terap dan Kampung Sungai Yu.

Ahmad Bakrin Sofawi Abu Bakar berkata usaha itu bagi meringankan beban golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 selain mendapatkan maklumat berhubung isu komuniti di lapangan.

“Kesemua maklumat penerima diperoleh daripada pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Permatang melalui ketua kampung dan taman masing-masing.

“Walaupun bantuan ini kecil tetapi kebanyakan penerima sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak terbabit yang mengambil berat kesusahan dihadapi mereka,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, agihan sumbangan turut disertai wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin.


Pengarang :