Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dari ibu kota menuju ke utara dan selatan bergerak perlahan petang 25 Disember 2020. Foto: Twitter LLM
AGENDA NASIONAL

Trafik perlahan, kenderaan meningkat arah utara, selatan petang ini

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dari ibu kota menuju ke utara dan selatan bergerak perlahan petang ini berikutan orang ramai masih membuat perjalanan bersempena cuti Hari Krismas.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata setakat 5 petang ini, trafik perlahan dari Ipoh ke Terowong Menora di Perak dan Bukit Tambun ke Juru di Pulau Pinang.

“Trafik turut perlahan di Slim River ke Sungkai dan Bidor ke Gopeng (di Perak) berikutan pertambahan kenderaan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan arah selatan membabitkan Port Dickson ke Senawang dan Senawang menuju ke Pedas Linggi.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh dengan menghubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter, www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter, www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA


Pengarang :