Hasnul Baharuddin (kanan) menyerahkan sumbangan kepada penduduk Morib bagi meraikan sambutan Krismas, baru-baru ini. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Dun Morib -YB Hasnul
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

Wakil rakyat Morib rai 60 keluarga miskin sempena Krismas

SHAH ALAM, 14 DIS: Seramai 60 keluarga berpendapatan rendah sekitar Morib menerima sumbangan makanan dan cenderahati sempena sambutan Krismas yang bakal tiba.

Wakil rakyatnya Hasnul Baharuddin berkata bantuan secara tahunan bagi meraikan golongan memerlukan dan memperkukuh silaturahim antara satu sama lain.

“Kami tahu sepanjang musim ini, sesetengah keluarga menghargai bantuan untuk meringankan beban mereka. Sejajar konsep ‘Morib Together’, kami menggalak lebih ramai rakyat dan agensi membantu masyarakat yang memerlukan,” tulisnya di Facebook semalam.

Beliau berkata inisiatif berterusan itu juga mewujudkan ekosistem sokongan lebih baik kepada golongan terkesan akibat Covid-19.

Serahan bantuan turut disertai beberapa majlis perwakilan penduduk dan wakil Bethel Evangelical Church Malaysia Banting.


Pengarang :