G Gunarajah (baju putih) menyerahkan bantuan barangan dapur kepada pengusaha bas sekolah Kampung Jaya dan Taman Sentosa, Klang pada 4 Disember 2020. Foto Facebook Adun Sentosa YB Gunaraj
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Sentosa bantu 86 pengusaha van sekolah terjejas

SHAH ALAM, 5 DIS: Penutupan sekolah dalam tempoh panjang susulan penularan Covid-19 menjejaskan pendapatan 86 pemandu van di Kampung Jaya dan Taman Sentosa, Klang.

Bagaimanapun, kesukaran mereka mendapat perhatian wakil rakyat Sentosa G Gunarajah yang menyerahkan sumbangan barangan dapur semalam.

“Penutupan sekolah berikutan Covid-19 memberi tamparan hebat kepada pemandu van sehingga mereka terpaksa memohon bantuan.

“Saya akan pertimbang inisiatif lain untuk mereka jana pendapatan antaranya kerjasama dengan Pos Laju atau Lalamove bagi penghantaran barang,” katanya ketika dihubungi.

Gunarajah berharap kerajaan persekutuan dapat membantu pemandu van melalui insentif sekali bayar atau melanjutkan moratorium.

Menurutnya, perkara itu juga akan diusul kepada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan dibawa ke sidang Dewan Negeri Selangor jika perlu.


Pengarang :