Tasik Unisel Bestari Jaya yang menjadi lokasi program memancing ‘BCORIAN Masuk Universiti’ anjuran Fishing Buddies Academy (FBA Academy) pada 10 Januari 2021. Foto Facebook Unisel
AGENSI SELANGOR

100 individu sertai program memancing di Tasik Unisel Bestari Jaya

SHAH ALAM, 11 JAN: Tasik Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya menjadi lokasi pertama program memancing ‘BCORIAN Masuk Universiti’ anjuran Fishing Buddies Academy (FBA Academy) semalam.

Pengarah komunikasi korporat Unisel berkata program disertai 100 pelajar Belajar Casting Online (BCO) termasuk pemancing dari negara Zimbabwe dan Kanada selain penduduk berdekatan kampus berkenaan.

Hasril Abu Hassan memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan akademi berkenaan bagi memajukan aktiviti sukan memancing di negara ini.

“Setiap peserta memancing menggunakan teknik ‘casting’ (kaedah mengilat atau menggunakan umpan tipu) seperti yang dipelajari sepanjang menyertai BCO,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurutnya, semua peserta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19.

FBA Academy adalah sebuah agensi yang menyediakan perkhidmatan kelas memancing pertama dalam talian di Malaysia.


Pengarang :