ADN Pandan Indah Ir Izham Hashim menyampaikan sumbangan berupa beras 5 kilogram dan dua ekor ayam kepada penduduk kawasannya pada 24 Januari 2021. Foto Facebook Izham Hashim
ADNSELANGOR

1,000 penduduk Pandan Indah terima bantuan makanan asas

SHAH ALAM, 25 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah mengagih bantuan makanan asas kepada 1,000 penduduk di kawasan tersebut yang terjejas akibat Covid-19.

Wakil rakyatnya berharap bantuan beras lima kilogram dan dua ekor ayam meringankan beban keluarga berpendapatan rendah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Program yang bermula jam 11 pagi sehingga lewat petang ini berjalan lancar mengikut tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Insya-Allah program seperti ini akan berjalan setiap minggu sepanjang tempoh PKP,” kata Ir Izham Hashim menerusi Facebook.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) serta beberapa syarikat yang menghulurkan bantuan berkenaan.


Pengarang :