Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli mengagihkan bantuan bakul makanan PKP2.0 kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri itu hari ini, lokasi di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Melawati. 22 Januari 2021. Foto ihsan: Juwairiya Zulkifli
ADNSELANGOR

200 keluarga DUN Bukit Melawati terima bantuan makanan

SHAH ALAM, 22 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati menghulur bantuan bakul makanan kepada 200 keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terjejas ekoran pandemik, hari ini.

Wakil rakyatnya berkata sumbangan itu adalah peruntukan Mesra Rakyat yang diumum Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Pakej Kita Selangor pada Rabu lalu.

“Alhamdulillah bantuan ini meringankan beban mereka yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0),” kata Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi.

Menurutnya, program Mesra Rakyat seumpama itu akan diteruskan termasuk meneliti jenis bantuan lain diperlukan penduduk.

“Perbincangan akan dibuat untuk menentukan bentuk barangan yang sesuai sama ada lampin pakai buang atau kit perlindungan Covid-19 kepada pelajar,” tambahnya.

Rabu lalu, Amirudin mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada setiap DUN dan RM50,000 kepada ahli parlimen negeri ini bagi melaksanakan program Mesra Rakyat.


Pengarang :